Wahai Diri ......


Letaklah Tuhan Mu dihati…
Agar tak tersasar cinta Ilahi…
Letaklah iman mu di jiwa ….
Pasti kan damai resah di dada…..
Rendahkan ego yang ada…
Dalam sujud menyembah Yang Esa….
Kalau hitungan dunia ku kira masih panjang..
Rupanya getar akhirat seolah bisa ku dengar….
Betapa sukar aku menjadi hamba….
Bilamana redha belum menguasai minda…
Ku buang jauh sinis manusia…
Kerna ku tahu ENGKAU lah raja….
PEMILIK langit dunia…
PEMILIK  nikmatnya syurga….
Dan…
PELINDUNG dari azab neraka……

Mohonlah PadaNYA ....


MENCARI YANG HILANG ........


Telah lama aku mencari ... sepanjang usiaku akukan terus mencari
sehingga ku temui ... takkan ku penat mencari sehingga akhir hayatku,
kerna ia menjadi amanah bagiku ... kewajipan bagiku ... kemestian bagiku,
akanku habiskan usiaku jua hartaku, maupun jiwaku, aku tetapkan mencari
...... KERANA
.
.
.
.
.
ia adalah ibuku dan bapaku ... yg tidak pernahku kenali sejak lahirnya aku,
yang tidak pernah ku kenali sejak celiknya mataku, yang tak pernah ku dengar
dengan telingaku,  ..... di manakah perginya kedua ibubapaku .. hingga kini
aku masih menunggu, mengharap agar ku temui walau seketika waktu.
Ayah Ibu kembalilah pada anakmu ... yang merinduimu.


























Aku di lahirkan di Kg Melayu Rapat, Ipoh Perak pada 1959, 
telah di ambil oleh ibubapa angkat (photo di atas) semasa aku masih bayi.
Difahamkan aku mempunyai 10 adik beradik dan bapaku pernah bekerja
di Ipoh Race Course (Kelab Lumba Kuda Ipoh ) pada ketika itu.
..... Mohon bantuan saudara-saudaraku untuk mencari keluargaku 
yang telah berpisah sejak 51 tahun lalu ... Kisahku pernah disiarkan
dalam rancangan Fitrah Kasih sebelum ini .... namun sehingga kini
masih belum ku temui ... hubungiku di 0174003101 ... segala bantuan
ku susuri dengan JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA.

zulahmad'77




DENGAR dan FIKIRLAH
Dan mereka berkata: "Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli neraka". (Al-Mulk:10)

Dalam khutbah ayat ini dibaca
Cerita dua ciri penghuni neraka
Bahan bakarnya batu dan manusia
Tempat yang amat-amat sengsara
Namun masih ramai yang sengaja
Apakah itu ciri-ciri yang nyata
Tidak mendengar ciri pertama
Apabila ayat-ayat Quran dibaca
Maka dia tutup telinga
Apabila dipasang lagu lagha
Maka dipasangnya telinga
Apabila berkemundang kuliah agama
Maka ditutupnya telinga
Apabila fitnah dijaja-jaja
Maka dibukanya telinga
Apabila disebut buat baik dapat pahala
Dia tidak mendengar dengan telinganya
Apabila disebut tentang dosa-dosa
Dia dengar tapi kurang percaya
Maka diakhirat telinga saksi utama

Dia mungkin dengar tapi tidak memikiri
Apabila Jepun dilanda gempa dan tsunami
Dua puluh ribu orang hilang dan mati
Walaupun Jepun canggih dengan teknologi
Namun kuasa Allah tidak dapat ditandingi
Bagi orang yang berfikir hebat ya Rabbi
Dalam kejadian langit dan bumi
Terdapat tanda bagi yang mahu memahami
Guna otak untuk fikir ciptaan Ilahi
Fikir ikut kaedah Quran dan sunnah nabi
Bukan fikir ikut suka hati dan syok sendiri
Quran kata tuduh zina bawa empat saksi
Dia fikir ayat itu tak sesuai zaman ini
Kamu fikir otak kamu lebih hebat dari Kami
Ya Allah jikalau kami dengar dan memahami
Tentu bukan neraka yang kami huni
Inilah keluhan ahli neraka esok hari
Namun bubur sudah jadi nasi
Tak boleh nak retro kembali
Maka neraka lah akan kamu diami
Bagi mereka yang dengar dan fahami
Masuklah ke syurga Ku Jannati
Semoga menjadi pengajaran buat diri ini
Serta kawan-kawan dan juga famili
Pengajaran dari khutbah yang disampaikan DD

kredit 2 KerisSilau

PULAU PINANG in MEMORI

Masa ni aku pun tak dak lagi .. alangkah syioknya kalau aku ditakdirkan hidup masa zaman ni ... boleh lepak-lepak tengah jalan ... nak tidogh pun sapa pun tak peduli ... tapi satu yang best sekali ada oghang pakai kot ... mungkin time tu cuaca dingin kot tak panas macam lani sebab tak da polution. .... apa komen hangpa?