MENCARI YANG HILANG ........


Telah lama aku mencari ... sepanjang usiaku akukan terus mencari
sehingga ku temui ... takkan ku penat mencari sehingga akhir hayatku,
kerna ia menjadi amanah bagiku ... kewajipan bagiku ... kemestian bagiku,
akanku habiskan usiaku jua hartaku, maupun jiwaku, aku tetapkan mencari
...... KERANA
.
.
.
.
.
ia adalah ibuku dan bapaku ... yg tidak pernahku kenali sejak lahirnya aku,
yang tidak pernah ku kenali sejak celiknya mataku, yang tak pernah ku dengar
dengan telingaku,  ..... di manakah perginya kedua ibubapaku .. hingga kini
aku masih menunggu, mengharap agar ku temui walau seketika waktu.
Ayah Ibu kembalilah pada anakmu ... yang merinduimu.


























Aku di lahirkan di Kg Melayu Rapat, Ipoh Perak pada 1959, 
telah di ambil oleh ibubapa angkat (photo di atas) semasa aku masih bayi.
Difahamkan aku mempunyai 10 adik beradik dan bapaku pernah bekerja
di Ipoh Race Course (Kelab Lumba Kuda Ipoh ) pada ketika itu.
..... Mohon bantuan saudara-saudaraku untuk mencari keluargaku 
yang telah berpisah sejak 51 tahun lalu ... Kisahku pernah disiarkan
dalam rancangan Fitrah Kasih sebelum ini .... namun sehingga kini
masih belum ku temui ... hubungiku di 0174003101 ... segala bantuan
ku susuri dengan JAZAKALLAHU KHAIRAN KATHIRA.

zulahmad'77




No comments:

Post a Comment