Mai Sembang!

WAKTU MAKAN
Ceghita ni terjadi pada satu majlis pengebumian keluarga rakan sekerja berbangsa Cina. Masa dok tengah sembang tu, aku pun tanya la kat dia ... ' Ah Foo aa .. gua mau tanya sikit .. apa pasai oghang cina suka pi tanam mayat waktu tengahari ... tak panas ka? '


Kebiasaanya jarak rumah ke tanah perkuburan memang jauh ,,, kena jalan kaki pulak tu ....

' Tu la hang tak tau ', dia jawab .. ' Itu time tengahrikan masa makan maa .. time tu dewa jaga kuborg tu pi makan tengahari, jadi senang la nak tanam, tak kena banyak soal .. cekap dak kami ' ...
'Ooooh .. macam tu ka ', aku jawab ... 'tu yang bagi pakai baju warna hitam tu pasai apa pulak, kami oghang Islam kapan dengan kain putih/... aku tanya lagi.

Dengan nada konfiden ja Ah Foo jawab, ' Baju hitam tu pasai kalau dewa tu balik mai, dia tengok mayat ni nantti dia kata yang ni dah lama dah tanam, baju dia pun dah hitam, jadi dia tarak kacau la ' .... dengan tersenyum aku pun mengangguk ... dalam hati aku berkata ' ata logik jugak member aku ni ' ...

betui ka ... tak betui ka, yang tu dia punya paham biagh pi kat dia lah, kita toksah dok loghat sangat.


' Biar Hidup Penuh Pancaroba, Jangan Jiwa Ikut Cacamarba '
oleh zulahmad'77@19/03/2011

TRAUMANYA AKU ....... pada 16 Feb 2011


Kisah tragis benar ketika bersama Su dalam perjalanan untuk menjemput Isteriku kat tol Penang Bridge. Setibanya kami di Jalan Kg. Baru, tiba-tiba sebuah kereta Iswara yang dipandu seorang Maknya (perempuan cina tua) telah membelok ke kanan dari arah kiri kami, apa lagi dalam situasi begitu kami terus bertembung dengan kereta Iswara tersebut.

  

Alangkah terkejutnya aku tergamam seketika, melihat keadaan Su ketika itu. Aku jadi kaku tak terkata, dalam fikiranku hanya terfikir apakah akan terjadi pada nasib Su selepas ini. Keadaannya sungguh tragis, bahagian tepi mukanya hancur hampir memecah matanya, kakinya ku lihat terpelusuk kebelakang, mungkin patah, malah belakangnya juga seolah-olah masuk kedalam.



Dalam keadaan begitu, Su masih lagi bernafas tapi tidak lama lepas itu, ku dapati Su tiba-tiba diam. Hatiku jadi gementar, mungkinkah Su telah pergi buat selama-lamanya atau sekadar tidak sedarkan diri. Tanpaku sedari peluh keringatku membasahiku disertai perasaan sayu dihatiku. Lalu aku terus mencapai telefon bimbit meminta bantuan. Sejurus kemudian Su terus dibawa ke Bukit Mertajam.



Aku tak dapat bersama menemani Su, kerana Bapa Mertuaku telah pun tiba dan mengajakku menemaninya ke Tol Penang Bridge untuk mengambil Isteriku.



Pada keesokannya aku ditemani isteriku telah menziarahi Su. Keadaan Su amatlah menyedihkan tak dapat nak ku gambarkan di sini. Isteriku begitu terharu. Kata pakar, pemulihan Su memerlukan masa yang lama dan kos yang tinggi. Semenjak dari peristiwa itu, fikiranku menjadi buntu malah menghantuiku setiap hari-hariku  kerana disebabkan aku, Su jadi begitu..




Kini dah hampir sebulan Su berada di sana.  Bagi menebus rasa bersalahku, aku kini sedang berusaha mengumpul dana bagi menampung  kos pemulihan Su supaya dia dapat keluar dari sana secepat mungkin.


Dibawah ku paparkan situasi peristiwa tersebut -  ' A Picture Tells A Thousand Word '

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Gambar-gambar peristiwa tragis itu
:




SU .... SUTERA KU ...................... hu hu hu hu !!!!
posted oleh zulahmad'77@21/03/2011





1 comment:

  1. Cehhhh...aku dah start ayaq mata dah baca....tengok2 kereta...hantu betoi...

    ReplyDelete